Rasuah: Penolong Jurutera Ditahan

Diterbitkan: Isnin, 3 Julai 2017 7:51 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: SuruhanjayaPencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan seorang Penolong Jurutera Mekanikal di Maktab Teknik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bakri dekat Muar kerana disyaki meminta dan menerima wang rasuah daripada kontraktor dan pembekal maktab tersebut.

Sumber memberitahu bahawal elaki berumur 42 tahun itu ditahan di rumahnya di Merlimau, Melaka padakira-kira 6.30 pagi Isnin bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dalam tender kerja-kerja bekalan dan perkhidmatan di maktab berkenaan.

Hasil siasatan yang dijalankan mendapati suspek disyaki meminta dan menerima wang suapan hampir RM700,000 daripada kontraktor sebagai upah mendapatkan kerja-kerja bekalan dan perkhidmatan di maktab itu bermula dari 2014 hingga tahun lepas.

Dalam serbuan di rumah lelaki itu, pasukan penyiasat itu menjumpai wang tunai berjumlah RM32,000 yang disembunyikan di dalam tin biskutdan merampas barang-barang kemas dan sebuah kereta Toyota Prado yang dianggar bernilai RM30,000.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 16(a)(b) Akta SPRM 2009.

Pengarah SPRM Johor Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata lelaki itu akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Segamat esok untuk permohonan reman bagi membantu siasatan.--Bernama

Tags / Kata Kunci: SPRM , Maktab Teknik Polis

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan