Ambulans Hilang Ditemui Di Bengkel Kereta

Diterbitkan: Ahad, 2 Julai 2017 11:30 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Polis Kelantan menemui semula ambulans Hospital Kuala Krai yang hilang Ramadan lalu di sebuah bengkel membaiki kenderaan di Labok, Machang, petang Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Abdullah Roning berkata, ketika ditemui tulisan pada kenderaan telah dibuang bagaimanapun catnya masih dalam keadaan asal.

"Bertindak dari laporan awam  polis membuat serbuan ke bengkel dan menemui semula ambulans yang dilaporkan hilang sebelum ini.

"Berikutan penemuan itu, dua lelaki melayu berusia 35 dan 36 tahun telah ditahan dipercayai terlibat dengan kehilangam kenderaan ini," katanya.

Abdullah berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 379A, Kanun Keseksaan.

Pada 21 Jun lalu, Ambulans Hospital Kuala Krai yang mengalami kerosakan brek dihantar syarikat konsesi ke sebuah bengkel di Guchil Empat untuk dibaiki.

Bagaimanapun kenderaan diletakkan di pekarangan bengkel disedari hilang pemilik premis ketika hendak memulakan operasi keesokan harinya.

Berikutan itu satu laporan dibuat di Balai Polis Kuala Krai.

Tags / Kata Kunci: Labok , ambulans

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan