Lebih 1,000 Penduduk Tinggal Sehelai Sepinggang

Diterbitkan: Sabtu, 1 Julai 2017 8:00 PM

Kira-kira 250 rumah di Kampung Hidayat dekat Tawau musnah akibat kebakaran. Foto RUBEN SARIO

(Ubah saiz teks)

TAWAU: Lebih 1,000 penduduk tinggal sehelai sepinggang apabila kira-kira 250 rumah di Kampung Hidayat, Batu 4 Jalan Apas di sini musnah dalam kebakaran pada Sabtu.

Ketua Penyiasat Kebakaran Zon Tawau, Martin Thomas yang juga ketua operasi memadam kebakaran itu berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 3.11 petang dan tiba di lokasi 15 minit kemudian dengan lima jentera dan 30 anggota.

“Ketika kami sampai di lokasi, lebih 100 rumah papan sudah pun musnah dan kebakaran dapat dikawal pada 5.11 petang," katanya kepada pemberita di sini, Sabtu.

Beliau berkata, pihaknya sukar masuk ke lokasi kebakaran dengan cepat akibat tindakan orang ramai meletakkan kenderaan di kiri dan kanan bahu jalan.

Selain itu, tekanan air yang sangat rendah di kawasan berkenaan juga menjadi masalah, katanya sambil memberitahu bahawa bomba dapat mengatasinya dengan mengambil air dari kolam di kawasan kilang papan berhampiran.

Pihaknya juga masih menyiasat punca kebakaran dan anggaran kerugian. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Sementara itu, pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Hidayat, Rahim Brahim, 59, ketika ditemui berkata, beliau menyedari kebakaran itu kira-kira 3.10 petang ketika berehat di rumahnya yang terletak tidak jauh dari lokasi.

Beliau berkata, kampung berkenaan mempunyai 7,350 penduduk yang berdaftar dengan JKKK, namun ramai lagi penduduk dipercayai tidak mendaftar kerana tiada dokumen. - Bernama

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan