Empat Lelaki Ditahan Bantu Kes Bunuh

Diterbitkan: Jumaat, 30 Jun 2017 7:39 PM

Foto: CRYSTAL CHIAM SHIYING

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Empat lagi lelaki ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes penemuan mayat seorang remaja lelaki dengan kedua-dua belah tangan dan kaki berikat dengan tali nilon di dalam sebuah rumah di Flat Padang Tembak Rabu lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut Supt V. Saravanan berkata mereka, termasuk tiga remaja berusia 16 hingga 25 tahun, ditahan pada Khamis di Kuala Lipis, Pahang.

"Semua mereka dipercayai melarikan diri ke Kuala Lipis selepas kejadian itu dan hasil maklumat serta risikan, polis di sana berjaya menahan empat lelaki berkenaan semalam. Mereka dalam perjalanan balik ke George Town dan kami akan mendapatkan perintah reman di mahkamah pada Sabtu untuk membantu siasatan kes bunuh berkenaan," katanya pada Jumaat.

Katanya pihaknya percaya dengan penahanan empat lelaki itu, polis berjaya menyelesaikan kes bunuh membabitkan pekerja hotel, M. Sathiwill, 20.Saravanan berkata siasatan awal mendapati mereka dipercayai bertindak memukul mangsa kerana mendakwa lelaki itu mencuri rantai emas seorang daripada suspek namun siasatan lanjut masih dijalankan.

Katanya polis juga telah mendapatkan rakaman kamera litar tertutup yang terdapat di lokasi kejadian bagi membantu siasatan.

Mayat Sathiwill dijumpai tertiarap kira-kira 9.30 pagi Khamis oleh seorang rakan penyewa wanita unit rumah berkenaan, mangsa menyewa sebuah bilik di situ bersama abangnya dan ketika dijumpai, mayat itu turut dibalut dengan cadar di dalam bilik berkenaan.

Siasatan awal polis mendapati, mangsa telah dipukul oleh lima lelaki di koridor tingkat 16 sebelum diheret masuk ke biliknya dan mangsa telah dicederakan dengan benda tumpul selepas mukanya didapati bengkak.

Susulan kejadian itu, polis menahan empat individu termasuk seorang wanita, berusia 15 hingga 30 tahun bagi membantu siasatan dan mereka direman selama enam hari. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Kes bunuh , pekerja hotel

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan