Sah Kanak-Kanak Maut Didera

Diterbitkan: Khamis, 29 Jun 2017 10:19 PM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

BESUT: Kematian kanak-kanaklelaki berusia lima tahun awal pagi Rabu didapati berpunca daripada koyakan pada usus kecilnya dan dipercayai didera.

Ketua Polis Daerah Besut Superintendan Mohd Zamri Mohd Rawi berkata perkara itu disahkan pihak forensik yang melakukan bedah siasat ke atas mayat Muhammad Hairi Amsyar Abdul Rahman.

Katanya, laporan forensik juga menunjukkan koyakan itu menyebabkan radang pada peritoneum dan kecederaan tersebut berpunca daripada trauma benda tumpul dari bahagian bawah belakang badan mangsa.

"Kecederaan yang dialami ada unsur penderaan dan bukan akibat kemalangan motosikal seperti didakwa suspek yang juga bapa tirinya, katanya kepadapemberita di sini," Khamis.

Mangsa turut mengalami kesan lebam lama dan baharu pada bahagian badan, sebelum itu dibawa suspek ke Unit Kecemasan Hospital Besut pada 3.30 pagi semalam, namun hasil pemeriksaan mendapati mangsa sudah meninggal dunia.

Semasa menghantar kanak-kanak itu, suspek mendakwa mangsa telah terjatuh dan dihempap motosikal yang dinaiki bersamanya.

Mohd Zamriberkata bapa tiri mangsa kini ditahan bagi membantu siasatan. -Bernama

Tags / Kata Kunci: dera , foensik , Muhammad Hairi Amsyar

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan