Kapal Minyak Disamun Lanun

Diterbitkan: Isnin, 26 Jun 2017 2:56 PM

(Ubah saiz teks)

SONGKHLA: Sebuah kapal tangki membawa minyak diesel milik syarikat Thailand disamun sekumpulan lelaki dipercayai lanun ketika berada di perairan luar Kuantan pada 23 Jun lepas.

Ketua Tentera Laut Thailand Bahagian ke-2 Laksamana Pornchai Pinthong berkata sekumpulan enam atau tujuh lanun itu berjaya mencuri 1.5 juta liter minyak diesel daripada 3.8 juta liter muatan keseluruhan yang dibawa kapal itu.

"Kapal itu yang membawa muatan diesel dalam pelayaran ke Songkla dari Singapura," katanya kepada pemberita pada Isnin.

Kapal tangki dikenali CP14 itu yang membawa 17 anak kapal meneruskan pelayaran ke Thailand selepas kejadian dan selamat tiba di perairan Songkla petang Ahad, katanya.

Pinthong berkata kejadian berlaku kira-kira 9 malam di perairan Kuantan apabila kapal tangki itu dinaiki kumpulan lanun terbabit yang bertindak mengikat kapten dan kesemua anak kapal serta memusnahkan peralatan sistem amaran keselamatan kapal.

Kesemua lanun itu membawa senjata dan mengancam akan mencederakan anak kapal jika tidak mengikut arahan, katanya.

Jelas beliau, kesemua anak kapal bagaimanapun tidak dicederakan.

Beliau juga berkata pihaknya telah memaklumkan kepada pihak berkuasa Malaysia berkenaan kejadian terbabit untuk tindakan lanjut.

Tentera Laut Thailand turut meminta kapal-kapal supaya berhati-hati ketika belayar di kawasan perairan terbabit berikutan ancaman daripada lanun.

Pada Isnin, Tentera Laut Thailand menghantar kapal tenteranya ke kapal tangki terbabit yang sedang berlabuh di perairan berhampiran Pulau Tikus, Songkhla untuk memeriksa keadaan kapal itu serta krunya.

Pemeriksaan turut disertai pegawai Jabatan Kastam serta Jabatan Khidmat dan Perlindungan Buruh. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: kapal minyak , lanun

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan