KPN: Militan Mahmud Ahmad Lari Dari Marawi

Diterbitkan: Ahad, 25 Jun 2017 9:41 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas pensyarah yang menjadi anggota militan, Mahmud Ahmad (gambar) dipercayai melarikan diri dari Marawi, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

"Kami belum boleh beri pengesahan tapi pihak berkuasa di sana melaporkan bahawa Isnilon Hapilon berjaya melarikan diri dan kami percaya Mahmud bersama dengan dia," kata Khalid.

Hapilon ialah seorang veteran militan Filipina dan Amerika Syarikat melaporkan bahawa dia seorang pengganas paling dikehendaki.

Khalid menafikan laporan terdahulu yang mengatakan bahawa Mahmud telah mati dan memberitahu bahawa pasukan perisikan mendakwa dia masih hidup.

"Rakan kami di Filipina memaklumkan bahawa dia masih hidup," katanya kepada pemberita selepas menghadiri rumah terbuka Hari Raya Bukit Aman pada Ahad.

Mahmud diketahui telah merekrut rakyat Malaysia untuk berperang dengan militan Daesh di Syria dan Iraq serta dipercayai telah dipilih untuk menjadi pengganti Hapilon iaitu sebagai ketua sayap Asia Tenggara Daesh.

Tags / Kata Kunci: Mahmud Ahmad , Daesh , Khalid Abu Bakar

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan