Lelaki Dikhuatiri Lemas Di Kuala Kubu Bharu

Diterbitkan: Ahad, 25 Jun 2017 9:09 PM

Seorang lelaki dikhuatiri lemas dipercayai tergelincir di sebuah lombong di Kuala Kubu Bahru. - Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki dikhuatiri lemas dipercayai tergelincir ketika menjala di sebuah lombong di Kuala Kubu Bahru dekat sini, Ahad.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bahru, Mohd. Shamsul Majidy Hassan berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.16 petang.

Mangsa berusia 42 tahun itu dikatakan sedang berdiri di atas batu besar yang berada di dalam lombong itu.

Ketika menebar jala mangsa dikatakan tergelincir dan terjatuh ke dalam lombong.

Setakat ini, kita hanya menemui jala yang digunakan mangsa berhampiran lokasi kejadian.

Usaha mencari masih giat dijalankan, katanya ketika dihubungi Bernama.

Mohd Shamsul Majidy berkata, lapan pegawai dan anggota dari Balai Bomba Kuala Kubu Bahru digerakkan dalam operasi mencari dan menyelamat itu.


Tags / Kata Kunci: lemas

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan