Pengemis OKU Tinggal Dalam Rumah Bergelap Elak Dicekup

Diterbitkan: Jumaat, 23 Jun 2017 9:45 PM

Pengemis OKU yang dihantar ke tapak bazar Ramadan yang didalangi sindiket warga asing. - Sinar Harian

(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU: Sindiket pengemis di negeri ini yang didalangi warga asing kini dikesan bergerak aktif menghantar dan menurunkan pengemis Orang Kurang Upaya (OKU) dengan menaiki kereta bagi mengelak dikesan penguatkuasa di sini pada Khamis.

Namun tindakan licik mereka itu berjaya dikesan penguatkuasa Imigresen Kelantan setelah membuat pemerhatian di tapak bazar Ramadan di sini selama sebulan.

Pengarah Jabatan Imigresen Kelantan, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata kepada Sinar Harian, mereka menggunakan taktik terbabit bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

"Apa yang lebih menarik, mereka turut tinggal dalam rumah sewa yang turut tidak dipasang lampu dan hanya kipas bagi mengelak pergerakan mereka dikesan.

"Namun tindakan pantas anggota dan pegawai berjaya menahan empat warga asing terbabit yang berusia antara 35 hingga 55 tahun," katanya.

Wan Mohammed Saupee berkata, dalam tangkapan yang dilakukan kesemuanya ditahan dalam kereta jenis Mazda di Pengkalan Chepa selepas dipercayai dalam perjalanan ke tapak Bazar Ramadan.

"Dalam tangkapan itu juga kita turut merampas kereta jenis Mazda yang digunakan termasuk wang tunai berjumlah RM1,004.

"Mereka ditahan di Depot Imigresen Tanah Merah dibawah Seksyen 51(5)(b) Akta Imigresen untuk tindakan lanjut," katanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan