Orang Utan Disembunyi Dalam Bagasi

Diterbitkan: Jumaat, 23 Jun 2017 9:48 AM

-fotoAFP

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Pegawai hidupan liar Thailand telah menahan seorang lelaki warganegara Malaysia yang cuba menyeludup dua anak orang utan, 51 ekor kura-kura dan enam ekor rakun ke Thailand.

Haiwan tersebut telah dibungkus dengan kotak plastik dan diletakkan dalam sebuah bagasi di dalam kereta lelaki terbabit, menurut pegawai, Khamis.

Lelaki berusia 63 tahun itu ditahan pada Rabu ketika dia cuba memandu masuk ke negara itu melalui pemeriksaan sempadan di wilayah Songkhla selatan Thailand.

"Suspek itu berkata dia telah diupah untuk mengangkut haiwan-haiwan tersebut dari negara jiran (Perlis) di Malaysia ke Hatyai (di Thailand) dengan bayaran 1,000 baht (RM127)," kata pegawai hidupan liar yang mengendalikan pusat pemeriksaan Prach Kongthong.

Dua anak orang utan itu berusia kurang dari enam bulan dan akan dipindahkan ke tempat perlindungan tempatan, katanya.

Orang utan yang berasal dari Borneo dan Sumatera sering diseludup secara haram di seluruh tanah besar Asia Tenggara, sama ada untuk zoo peribadi atau sebagai haiwan peliharaan.

Thailand telah lama menjadi hab transit untuk produk hidupan liar yang terikat untuk pasaran utama seperti Vietnam dan China, di mana bahagian haiwan eksotik sering digunakan dalam perubatan.

Tags / Kata Kunci: Orang Utan , seludup

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan