Samun Barang Kemas RM2.5 Juta Kurang Seminit

Diterbitkan: Khamis, 22 Jun 2017 9:28 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kurang satu minit, barang kemas dianggarkan bernilai RM2.5 juta lesap selepas disamun empat lelaki dalam kejadian di sebuah pasar raya di Jalan Kuchai Lama di sini, Khamis.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu, empat lelaki yang memakai topi keledar serta rompi dan dipercayai bersenjatakan pistol telah masuk ke dalam kedai emas di pasar raya itu dan melarikan lebih 10 dulang barang kemas yang diletakkan di rak pameran.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Rusdi Mohd Isa berkata dua daripada suspek bertindak memecahkan cermin tempat menyimpan barang kemas dengan menggunakan tukul besi dan mengambil pelbagai jenis barang kemas.

"Suspek memecahkan rak pameran kedai emas kurang dari satu minit dan melarikan diri," katanya dalam satu kenyataan di sini, Khamis.

Rusdi berkata usaha mengesan kesemua suspek dalam kejadian itu giat dijalankan. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: samun , kedai emas

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan