Seorang Maut Bas Rempuh Lori

Diterbitkan: Khamis, 22 Jun 2017 11:41 AM

(Ubah saiz teks)

PENDANG: Seorang maut dan dua lagi cedera parah selepas sebuah bas persiaran merempuh sebuah lori penyelenggaraan lebuh raya pada pagi Khamis.

Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superitendan Fadzil Hashim berkata, insiden berlaku pada kira-kira pukul 6.15 pagi di Kilometer (KM) 65.5 Lebuhraya Utara Selatan dekat sini.

Difahamkan semasa kejadian lori tersebut dipandu perlahan di lorong paling kiri lebuh raya.

"Seorang mangsa yang duduk di belakang lori maut di tempat kejadian, manakala dua lagi termasuk pemandu mengalami kecederaan," kata Fadzil.

Dua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk mendapatkan rawatan, manakala mayat dihantar untuk bedah siasat di hospital yang sama.

Menurut Fadzil, kesemua 28 penumpang dan pemandu bas persiaran tidak mengalami sebarang kecederaan.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan