Polis Bali Buru Empat Banduan Lolos Termasuk Rakyat Malaysia

Diterbitkan: Selasa, 20 Jun 2017 5:46 PM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Polis Bali meneruskan usaha memburu empat banduan warga asing termasuk seorang rakyat Malaysia yang dipercayai melarikan diri dengan membuat terowong bawah tanah di sebuah sel di Penjara Kerobokan di pulau peranginan itu pagi Isnin.

Banduan rakyat Malaysia itu dikenali sebagai Tee Kok King, 50 yang sedang menjalani hukuman penjara tujuh tahun enam bulan atas kesalahan pengedaran dadah.

Dia yang dipenjarakan sejak September 2016 beralamat terakhir di Jalan Danau 14, Taman Desa Jaya, Johor Bahru, Johor.

Tiga lagi banduan terbabit ialah warga Australia Shaun Edward Davidson, 33; Dimitar Nikolov Iliev, 43 dari Bulgaria dan rakyat India Sayed Mohammed Said, 31.

Kehilangan keempat-empat banduan itu hanya disedari selepas mereka gagal hadir dalam perbarisan pagi.

Media dalam talian memetik Ketua Polis Residen Badung, Yudith Satriya Hananta sebagai berkata polis hari ini menggunakan perkhidmatan pasukan penyelam untuk memasuki terowong kecil yang dipercayai digali oleh banduan-banduan terbabit di dalam sel mereka.

Bagaimanapun pasukan terbabit belum dapat memasuki terowong berukuran 60 sentimeter lebar dan 15 meter panjang itu berikutan ia dipenuhi air dan lumpur setelah hujan lebat.

Yudith Satriya berkata pihaknya juga belum dapat mengesahkan sama ada banduan terbabit berjaya lolos atau terperangkap di dalam terowong sempit yang dipenuhi air serta lumpur berkenaan. -Bernama

Tags / Kata Kunci: banduan , lolos , rakyat Malaysia

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan