Mayat Mangsa Hanyut Di Hulu Langat Ditemui

Diterbitkan: Isnin, 19 Jun 2017 9:34 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang lelaki yang dikhuatiri dihanyutkan arus deras banjir di Hulu Langat pada Sabtu ditemui mati oleh pasukan mencari dan menyelamat.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata mayat mangsa yang dikenali sebagai Taufik Alias, 23, ditemui kira-kira pukul 2.54 petang Isnin di Tanjung Niah, kira-kira satu kilometer dari Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di Dusun Tua.

Jelas Mohd Sani, mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang.

Video berdurasi 44 saat yang tular itu menunjukkan penunggang motosikal dibawa arus sambil beberapa penduduk di kawasan berhampiran menjerit dan mengarahkannya menuju ke tebing sungai.

Dalam video itu, seorang lelaki berbaju hitam dilihat cuba untuk membantu mangsa.

Pada Sabtu, Jabatan Bomba dan Penyelamat menerima panggilan kecemasan mengenai banjir kilat di sepanjang tebing Sungai Hulu Langat kira-kira pukul 3.50 petang.

Lebih seratus mangsa yang terjejas telah pun dipindahkan.

Tags / Kata Kunci: banjir , Hulu Langat

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan