Serang Polis, Tiga Penjenayah Ditembak

Diterbitkan: Sabtu, 17 Jun 2017 11:36 AM

(Ubah saiz teks)

DENGKIL: Tiga penjenayah warga asing ditembak mati oleh polis awal pagi ini berdekatan kawasan perumahan Jenderam Harmoni, Dengkil kerana cuba menyerang polis dalam satu operasi.

Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata, semasa rondaan yang dijalankan pihak polis cawangan D9 Kontinjen Selangor dan Jabatan Siasatan Jenayah Sepang, anggotanya terserempak dengan tiga lelaki terbabit yang berpakaian gelap dalam keadaan mencurigakan.

"Ketika polis cuba untuk menahan kesemua suspek bagi pemeriksaan, mereka bertindak agresif dengan melibas parang ke arah pihak polis," katanya kepada media di sini, Sabtu.

Katanya polis kemudian terpaksa melepaskan tembakan untuk mempertahankan diri dan kesemua suspek disahkan mati di tempat kejadian.

Abdul Aziz berkata hasil pemeriksaan tiada tanda pengenalan diri ditemui pada badan kesemua suspek dan tiada kesan suntikan BCG.

"Selain parang, kami menemui peralatan dipercayai untuk memecah rumah dan hasil pemeriksaan cap jari pada seorang suspek mendapati beliau terlibat dalam enam kes iaitu di Dengkil dan Bandar Salak Tinggi.

"Kami mengesyaki suspek dalam perjalanan untuk melakukan jenayah pecah rumah hasil penemuan barang-barang tersebut, " katanya.  Kes di siasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan.  -- Bernama

Tags / Kata Kunci: Jenderam Harmoni , Aziz Ali

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan