Tiga Suspek Militan Ditahan Di Sandakan

Diterbitkan: Sabtu, 17 Jun 2017 9:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tiga militan Negara Islam (IS) ditahan di Sandakan ketika dalam perjalanan ke Marawi di selatan Filipina, kata Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Ketua Polis Negara berkata, tiga lelaki itu, masing-masing dua warga Indonesia dan seorang rakyat tempatan merancang menyertai kumpulan pengganas itu sebelum pasukan anti-keganasan menahan mereka pada Khamis.

Penahanan itu susulan penangkapan seorang lagi warga Indonesia di Slim River, Perak pada Isnin kerana disyaki terlibat dalam kegiatan militan, kata Khalid.

"Kami percaya ketiga-tiga yang ditahan di Sandakan merancang ke Marawi untuk menyertai kumpulan militan," katanya pada sidang media, Jumaat.

Dipercayai, ketiga-tiga suspek berhasrat menyertai kumpulan pengganas Maute di Filipina.

Kata Khalid, Tiga pisau "Rambo" dan dokumen berkaitan IS juga dirampas daripada suspek.

Difahamkan, rakyat Malaysia berusia 48 tahun itu menjalankan perniagaan sendiri, manakala dua lagi warga Indonesia berusia 24 dan 36 tahun masing-masing adalah pemandu lori dan pekerja binaan.

Kata Ketua Polis Negara, lelaki yang ditahan di Slim River itu merancang menyerang pegawai polis di kawasan berkenaan.

Difahamkan, lelaki berusia 34 tahun itu menyediakan kemudahan untuk perjalanan bakal militan ke selatan Filipina.

Tags / Kata Kunci: IS , Sandakan , Marawi

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan