Amah Guna Bantal Bunuh Majikan

Diterbitkan: Sabtu, 17 Jun 2017 4:34 PM

Seorang pembantu rumah warga Indonesia disyaki menekup bantal ke wajah majikan sehingga maut. - Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

KAJANG: Pihak polis menahan seorang pembantu rumah warga Indonesia kerana disyaki membunuh majikannya dengan menekup bantal ke wajah mangsa.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Othman Nayan berkata, polis pada awal bulan ini menerima maklumat tentang wanita berusia 65 tahun yang terbaring tidak sedarkan diri di atas katil dengan sebuah bantal yang menutup wajahnya.

"Kita temui wanita itu dalam bilik utama dan jiran-jirannya mendakwa tidak mendengar sebarang bunyi bising. Adik mangsa turut memaklumkan bahawa pintu rumah kakaknya dikunci dari dalam," kata Othman.

Katanya, mangsa sudah bersara dan tinggal di rumah itu dengan seorang pembantu rumah yang berusia 25 tahun. Suami warga emas itu pula sudah meninggal dunia 15 tahun lalu.

"Pasangan tersebut tidak mempunyai anak dan mangsa ada masalah jantung," tambahnya.

Jelas Othman, suspek dipercayai telah melarikan diri sejurus kejadian terbabit.

Laporan bedah siasat menunjukkan mangsa meninggal dunia disebabkan asphyxiation dan terdapat kesan gigitan pada puting payudara kanannya.

Susulan itu, pihak polis menahan suspek pada Khamis berhampiran Negeri Sembilan.

Polis turut menahan seorang lelaki warga Indonesia yang berusia 29 tahun yang dipercayai ada kaitan dengan jenayah itu.

Kedua-dua suspek akan direman sehingga 21 Jun dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman mati mandatori.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan