Sisik Tenggiling Bernilai RM5 Juta Dirampas

Diterbitkan: Jumaat, 16 Jun 2017 9:26 PM

Anggota JKDM KLIA menunjukkan sisik tenggiling yang dirampas selepas sidang akhbar pada Jumaat. fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berjaya mematahkan cubaan menyeludup hampir 400 kilogram sisik tenggiling bernilai RM5 juta melalui KLIA pada Khamis.

Pengarah Kastam KLIA Datuk Hamzah Sundang berkata sisik tenggiling itu cuba diseludup dalam 16 kotak dagangan dari Ghana melalui penerbangan Turkish Airlines.

Kargo itu dicatatkan sebagai ''Oyster Shell'' dalam ''air way bill'' atau surat muatan udara dan siasatan mendapati alamat penerima yang digunakan adalah palsu, katanya pada sidang berita di sini, Jumaat.

Beliau berkata kotak berisi sisik tenggiling itu dirampas susulan pemeriksaan oleh Bahagian Penguatkuasaan JKDM KLIA di gudang kargo KLIA, Zon Perdagangan Bebas KLIA pada kira-kira 9.50 malam Jumaat.

"Kita sedang menyiasat sama ada sisik tenggiling ini adalah untuk pasaran Malaysia atau bakal dieksport ke negara lain," katanya sambil memberitahu harga pasaran gelap bagi sekilogram sisik tenggiling dianggarkan US$3,000.

Hamzah berkata pengimportan sisik tenggiling dilarang mengikut Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2017 Butiran 1,Jadual Ketiga Bahagian III kecuali dengan permit import dari Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

"Sisik tenggiling juga tergolong di dalam larangan import mengikut Jadual Ketiga, Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2008 (Akta 686) kecuali dengan permit," katanya.

Menurutnya ini merupakan kejayaan keempat JDKM KLIA tahun ini dalam mematahkan cubaan menyeludup sisik tenggiling melalui KLIA.

Beliau tidak menolak kemungkinan bahawa keempat-keempat kes itu melibatkan sindiket sama kerana cara pembungkusan dan kotak dalam kesemua kes adalah sama.

Kes berkenaan disiasat di bawah seksyen 135(1) (a) Akta Kastam 1967 iaitu mengimport barangan larangan yang jika sabit kesalahan, boleh dihukum denda minimum 10 kali nilai atau maksimum 20 kali ganda dari nilai barangan yang disita atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: sisik tenggiling , JKDM

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan