Kertas Siasatan Pegawai SPRM Ugut Polis Siap

Diterbitkan: Khamis, 15 Jun 2017 4:09 PM

Chuah Ghee Lye

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Kertas siasatan berhubung kes seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang didakwa meminta rasuah daripada seorang pegawai polis di Pulau Pinang telah dihantar kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Chuah Ghee Lye berkata pihaknya telah melengkapkan kertas siasatan kes itu dan menunggu arahan selanjutnya daripada Timbalan Pendakwa Raya sama ada pegawai berusia 38 tahun berkenaan didakwa di mahkamah atau sebaliknya.

"Pegawai yang bertugas di Unit Risikan Zon Utara SPRM Putrajaya itu tamat reman semalam dan dia telah dibebaskan dengan jaminan polis. Siasatan kes itu juga telah siap dan kami tunggu arahan selanjutnya," katanya ketika dihubungi Bernama, pada Khamis.

Jumaat lepas, pegawai itu ditahan di sebuah restoran di Taman Machang Bubok di sini, pada 10.20 malam selepas dipercayai menerima RM3,000 hasil pemerasan daripada pegawai polis dan direman lima hari bagi membantu siasatan.

Polis turut merampas kad kuasa, beg sandang, dua kelongsong peluru 9mm, telefon bimbit dan sebuah kereta Volkswagen daripada pegawai SPRM itu.

Chuah berkata berdasarkan siasatan, pegawai SPRM itu terlibat dalam kegiatan pemerasan membabitkan beberapa pegawai polis di Pulau Pinang sejak dua tahun lepas.

Sementara itu, beliau berkata polis kontinjen Pulau Pinang akan terus memerangi kegiatan perjudian di negeri itu dengan menjalankan operasi bersepadu di Pusat Hiburan Keluarga yang menyalah guna lesen serta premis mesin judi haram.

"Sejak Januari hingga Jun, sebanyak 211 premis mesin judi telah diperiksa dan sebanyak 325 tangkapan membabitkan pemain serta pekerja dibuat.

Dalam tempoh sama kami juga merampas 703 mesin judi, simulator dan komputer riba yang digunakan untuk aktiviti perjudian," katanya.

Selasa lepas, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengarahkan polis Pulau Pinang memerangi habis-habisan kegiatan perjudian yang disifatkannya sebagai semakin serius di negeri ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri turut mahu mereka yang terlibat dalam kegiatan itu terutama dalangnya ditangkap dan didakwa di mahkamah.-Bernama

Tags / Kata Kunci: Kertas siasatan , ugut polis

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan