Tragedi Balik Kampung

Diterbitkan: Rabu, 14 Jun 2017 1:59 PM

(Ubah saiz teks)

KEMAMAN: Tiga lelaki warga Thailand maut manakala enam lagi cedera parah selepas van yang dinaiki mereka merempuh belakang sebuah treler yang membawa baja dalam kejadian di Kilometer 327.2 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT 2) di sini, dekat Kerteh, awal pagi Rabu.

Mayuni, 28, Nurdeen,18 dan Tuan Isama Ael, 27 yang bekerja di sebuah kedai makan di Kuantan, maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada pukul 2.50 pagi tadi.

Kesemua mereka yang menaiki van tersebut merupakan warga Thailand dan dikatakan dalam perjalanan dari arah Kuantan menuju ke Pattani, Thailand.

Dalam kejadian itu, van jenis Toyota Commuter yang dipandu Mohd Nasri, 41 dipercayai telah melanggar belakang treler terbabit sebelum terbalik di tengah jalan dan rempuhan kuat terbabit menyebabkan ia remuk teruk hingga menyebabkan semua mangsa tersepit.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Supt Mohd Said Ibrahim ketika dihubungi Bernama berkata dua lagi penumpang, Faridah, 41 dan Royita, 30 mengalami kecederaan parah dalam perut dan anggota badan.

Mohd Nasri pula cedera patah kaki kiri serta penumpang lain Kado, 53 mengalami luka di kepala, Nasmee,16, luka di kaki dan pipi serta Ahamad Seman Shahmil, 40, patah lutut kanan.

Katanya, mangsa yang maut dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk dibedah siasat dan seorang dibawa ke unit kecemasan hospital yang sama manakala lima lagi mangsa menerima rawatan di Hospital Dungun.

Sementara itu, pemandu treler, Jamil Lisut, 56, dari Taman Chendor di sini, tidak mengalami kecederaan.-- Bernama 

Tags / Kata Kunci: LPT2 , Mayuni

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan