Langgar Lari: Pemandu Viva Diburu

Diterbitkan: Rabu, 14 Jun 2017 3:08 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

BESUT: Polis sedang mengesan seorang pemandu kereta Perodua Viva bagi membantu siasatan kes langgar lari melibatkan seorang wanita warga emas berusia 70-an maut dalam kejadian di Jalan Pasir Putih, Kelantan-Jertih dekat Kampung Padang Luas, Selasa.

Ketua Polis Daerah Besut, Superitendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata dalam kejadian jam 2.15 petang itu, mangsa, Rokiah @ Mek Yam Awang sedang berjalan bersama suaminya menuju ke kereta yang diletakkan di seberang jalan sebelum dilanggar kereta terbabit.

Katanya, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan hasil bedah siasat di Hospital Daerah Besut mendapati mangsa mengalami kecederaan teruk di bahagian kepala dan badan.

"Pemandu kereta terbabit didapati melarikan diri selepas kejadian itu", katanya kepada media di sini, Rabu.

Menurut Mohd Zamri, siasatan awal mendapati kereta terbabit milik Mohd Shahimie Bahari dari Gerik, Perak tetapi telah disewakan melalui sebuah syarikat sewa kereta kepada Yong Yoon Kian yang bekerja di Putrajaya bagi tujuan kegunaan harian.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksen 41(1) Akta Pegangkutan Jalan 1987.

Beliau meminta mana-mana saksi atau sesiapa yang dapat membantu untuk mengenal pasti pemandu supaya menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Hisham Abu Bakar di Pejabat Cawangan Traffik Jertih di nombor talian 09-6972700. - Bernama

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan