Isu FGV: SPRM Dijangka Panggil Lebih 50 Saksi

Diterbitkan: Isnin, 12 Jun 2017 8:58 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lebih daripada 50 orang dijangka akan dipanggil sebagai saksi untuk membantu dalam siasatan isu Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV).

Timbalan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) (Operasi) Datuk Azam Baki berkata, mereka dikehendaki bagi membantu siasatan berhubung perkara itu akan dipanggil untuk merekodkan kenyataan mereka.

"Kenyataan daripada individu-individu ini penting untuk membolehkan kami melengkapkan siasatan, yang sudah bermula sejak minggu lalu.

"Pasukan siasatan juga akan pergi ke pejabat Felda sekali lagi untuk mengambil dokumen-dokumen yang berkaitan," katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Ditanya mengenai tempoh siasatan, Azam berkata ia bergantung kepada kerjasama saksi.

"Kami percaya kenyataan-kenyatan tersebut akan membantu SPRM untuk melengkapkan kes ini secepat mungkin. Ia juga bergantung kepada bukti yang dikumpul," katanya.

Azam tidak menolak kemungkinan akan turut merekodkan kenyataan Pengerusi FGV Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad serta Presiden FGV dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Zakaria Arshad.

Beliau juga berkata siasatan terhadap FGV oleh SPRM dan pihak bebas yang diketuai oleh bekas menteri Datuk Seri Idris Jala tidak akan bertindih.

"Skop siasatan kami adalah berbeza. Datuk Seri Idris Jala cuba untuk mengaitkan jika terdapat pelanggaran dasar dan prosedur operasi standard.

"Malah, kami boleh membantu antara satu sama lain bagi mengetahui apa yang berlaku," kata Azam.

Pada 6 Jun lalu, Zakaria dan tiga lagi pegawai pengurusan kanan FGV dan anak syarikatnya diarahkan bercuti berkuat kuasa serta-merta.

Keputusan lembaga itu dibuat sehari selepas Zakaria diarah meletakkan jawatan oleh Mohd Isa berikutan beberapa siri mesyuarat lembaga sejak 31 Mei, berkaitan tunggakan bayaran syarikat Safitex kepada anak syarikat FGV, Delima Oil Products.

Khamis lepas, pasukan penyiasat hadir ke pejabat FGV di Menara Felda dan merampas beberapa kotak fail serta dokumen.

Tags / Kata Kunci: SPRM , FGV

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan