Daesh: Kerajaan Sahkan Rakyat Malaysia Terbunuh Di Iraq

Diterbitkan: Isnin, 12 Jun 2017 5:51 PM

Ahmad Zahid Hamidi

(Ubah saiz teks)

BAGAN DATUK: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan bahawa rakyat Malaysia, Mohd Nizam Ariffin atau dikenali sebagai Abu Afghan, yang menyertai kumpulam pengganas Daesh di Syria, terbunuh dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan Iraq di Mosul, Jumaat lepas.

Timbalan Perdana Menteri berkata pihak perisikan telah memaklumkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung nasib Abu Afghan, 38, ketika pertempuran dengan tentera kerajaan Iraq.

Kementerian Dalam Negeri mengesahkan kematian Mohd Nizam dan pihak perisikan telah memaklumkan perkara itu kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM)," katanya.

Kematian Mohd Nizam menjadikan jumlah militan Malaysia terbunuh di Iraq dan Syria seramai 31 orang, manakala 56 lagi dipercayai masih bebas.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata kerajaan juga tidak akan mengiktiraf mereka yang terkorban kerana penyertaan dalam kumpulan pengganas sebagai mati syahid.

"Jika ada fatwa dari mana-mana pihak mengatakan kematian pengganas itu sebagai syahid kerajaan tidak akan iktiraf ia sebagai kematian syuhadah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Jelajah Agropreneur Muda Perak 2017, di sini, Isnin.

Justeru, katanya, kerajaan tidak akan melakukan usaha untuk membawa balik mayat rakyat Malaysia yang menyertai kumpulan pengganas sekiranya mereka meninggal dunia dalam pertempuran di luar negara.

Menurutnya, pihak keluarga yang ingin membawa balik mayat berkenaan perlu mengambil usaha sendiri.

"Ini kerana mereka (yang meninggal) melakukan kesalahan atas risiko sendiri, kalau ada keluarga nak bawa balik kenalah hubungi rakan-rakan beliau," katanya.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai tindakan beberapa negara menyenaraikan ulama tersohor, Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradawi sebagai pengganas, katanya, Malaysia bersikap terbuka dalam isu tersebut.

Ditanya jika Malaysia akan mengikut jejak Arab Saudi, Mesir, Bahrain dan Emiriyiah Arab Bersatu (UAE) Ahmad Zahid berkata: "Kita tunggu laporan daripada pelbagai pihak dan jika individu terlibat dalam senarai syak kita akan dapatkan maklumat terperinci dari semua sumber berwibawa".

Minggu lepas,  empat negara berkenaan  menyenaraikan pemimpim Ikhwanul Muslimin itu adalah antara 59 individu yang disyaki membiayai organisasi pengganas serta menerima sokongan daripada negara  Qatar.-Bernama

Tags / Kata Kunci: Ahmad Zahid Hamidi

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan