Polis-Imigresen Kerjasama Kesan Suspek Kes Langgar Lari

Diterbitkan: Isnin, 12 Jun 2017 3:21 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Polis percaya dapat mengesan suspek kes langgar lari melibatkan seorang budak lelaki berumur empat tahun di Dataran Sunway dekat sini.

Difahamkan, pihak polis sedang memeriksa rekod imigresen untuk mendapatkan maklumat berkaitan pemilik nombor pendaftaran motosikal menerusi data pasport.

Bagaimanapun, tidak dapat disahkan sama ada suspek kes itu adalah warga asing atau tempatan.

Pada 8 Jun lalu, pemilik Facebook, Ash Halip memuatnaik mengenai tindakan pemandu motosikal langgar lari hingga mengakibatkan anak kenalannya, Rayfan cedera.

Beliau juga memuatnaik dua gambar termasuk Rayfan yang berbalut dengan darah pada hidung, selain nombor pendaftaran motosikal yang tertanggal di lokasi kejadian.

Pada Ahad, Ketua Polis Trafik Selangor, Superitendan Kamaludin Mohamad berkata, pihaknya sedang memburu suspek kes itu.



Tags / Kata Kunci: Dataran Sunway , Rayfan

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan