Usahawan Minyak Kapal Ditipu RM4.5 Juta

Diterbitkan: Ahad, 11 Jun 2017 6:15 PM

spyware

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Polis Kedah pada Ahad menasihati masyarakat agar berhati-hati ketika membuat urus niaga dalam talian susulan kewujudan sindiket yang dipercayai menggunakan perisian pengintip 'spyware' untuk memperoleh maklumat urus niaga sebelum 'mencuri' pembayaran.

Ketua Polis Kedah, Datuk Asri Yusoff berkata, kewujudan sindiket itu dikesan susulan kes seorang pemilik syarikat minyak kapal yang kerugian RM4.5 juta selepas wang yang disangkakan dibayar kepada pembekal sebenarnya masuk ke akaun pihak ketiga yang menyamar.

Katanya, lelaki berusia 47 tahun dari Sungai Petani itu mendakwa dia melakukan dua transaksi melibatkan akaun sebuah bank di Greensboro, North Carolina, Amerika Syarikat dan sebuah bank di Hong Kong, masing-masing pada 31 Mei dan 2 Jun lalu.

"Pengadu hanya menyedari ditipu selepas dihubungi pihak pembekal sebenar yang menuntut bayaran dibuat dan pengadu membuat laporan polis pada 8 dan 10 Jun," katanya kepada pemberita di sini, Ahad.

Asri berkata berdasarkan siasatan awal, polis percaya sindiket menggunakan spyware untuk mengintip urus niaga syarikat lelaki itu dengan pembekal bagi mendapatkan salinan komunikasi antara kedua-dua syarikat.

"Setelah memperoleh maklumat berkaitan urusan dua syarikat itu ahli sindiket akan mewujudkan e-mel palsu yang seakan-akan e-mel pemilik syarikat pembekal untuk membuat rujukan dan membuat invois bayaran seperti asal dan meminta mangsa membuat pembayaran ke akaun bank," katanya.

Beliau berkata, pihaknya akan mendapatkan kerjasama polis antarabangsa bagi membantu siasatan kes yang dibuat menurut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

"Saya minta pihak syarikat tidak ambil mudah hal ini dan perlu mendapatkan pengesahan daripada pihak pembekal sebelum membuat bayaran ke akaun lain daripada yang kebiasaan kerana jika mangsa tidak betul-betul membuat pengesahan mereka akan tertipu atas kecuaian sendiri," katanya. - Bernama


iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan