Lapan Maut Termasuk Enam Rentung Dalam Kemalangan

Diterbitkan: Ahad, 11 Jun 2017 8:32 PM

Foto Twitter @bernamadotcom

(Ubah saiz teks)

DIKEMASKINI

SEREMBAN: Lapan maut termasuk enam rentung dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di KM25 Jalan Bahau-Keratong, Jempol, dekat sini kira-kira pukul 2.20 petang Ahad.

Kemalangan itu melibatkan sebuah treler, sebuah Perodua Myvi, sebuah  kenderaan pelbagai guna Proton Exora dan sebuah Toyota Vios.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superitendan Noorzainy Mohd Noor berkata, mereka yang maut termasuk suami isteri dikenali sebagai Osman Mohamed Taip dan isterinya Rosniza Othman yang berada dalam Perodua Myvi.

"Kemalangan dipercayai berlaku apabila treler yang datang dari arah Keratong menghala ke Bahau cuba memotong sebuah motorsikal yang membawa peti aiskrim tetapi tidak lepas lalu membrek trelernya. 

"Treler itu kemudiannya telah memasuki laluan bertentangan di sebelah kanan dan dalam masa sama sebuah Myvi yang datang dari arah bertentangan itu cuba mengelak treler berkenaan menyebabkannya memasuki ke kiri jalan dan bertembung dengan sebuah Vios dari arah Keratong ke Bahau. 

"Kemudian telah datang Exora dari arah Bahau ke Keratong cuba mengelak treler namun gagal dan terperosok di bawah treler lalu terbakar," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Ahad.

Noorzainy berkata akibat kemalangan itu, Exora itu hangus terbakar 100 peratus manakala treler hangus 50 peratus. 

"Pemandu treler dan pemandu Vios tidak mengalami kecederaan manakala seorang lagi penumpang yang berada di dalam Myvi cedera," katanya. 

Identiti enam mangsa yang rentung  masih belum dapat dikenal pasti berikutan keadaan kesemua mangsa terbakar di tempat kejadian," katanya. 

Hasil ujian saringan awal air kencing terhadap pemandu treler didapati negatif dadah dan kesemua mayat dan mangsa yang cedera dibawa ke hospital Jempol untuk tindakan lanjut," katanya. - Bernama


iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan