Militan Malaysia Terbunuh Di Iraq

Diterbitkan: Ahad, 11 Jun 2017 9:25 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang rakyat Malaysia yang terlibat dengan militan Negara Islam (IS), dikenali sebagai Mohd Nizam Ariffin (gambar), dilaporkan terbunuh dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan di Iraq.

Mohd Nizam,38, juga dikenali sebagai Abu Afghan, terbunuh di bandar Mosul pada Jumaat.

Sumber perisikan menunjukkan kematian Mohd Nizam, tetapi tiada butiran lain telah disediakan.

Difahamkan, Mohd Nizam muncul dalam video propaganda IS Januari tahun lepas bersama dengan rakan militannya, Abdul Halid Dari.

Mereka menggelarkan diri sebagai ahli Katibah Nusantara (sayap IS), dan memanggil saudara militan Katibah dari Somalia, al-Shabaab untuk menyertai kumpulan dan berada di barisan hadapan di Syria".

"Mereka bercakap dalam Bahasa Malaysia dan menggesa ahli-ahli al-Shabaab untuk menyertai IS," kata sumber.

Tambah sumber, Mohd Nizam yang berasal dari Ipoh telah mengembara ke Syria pada 6 Mac 2014, dan menyertai kumpulan militan Ajnad al-Sham.

"Bagaimanapun, selepas kematian bekas Ketua Penerangan Pemuda PAS Kedah Lotfi Ariffin pada September 2014, Mohd Nizam menyertai IS.

"Dia telah menyertai IS dan bekerjasama dengan kumpulan militan lain dari Malaysia dan Indonesia dalam Katibah Nusantara," kata sumber itu.

Kematian Mohd Nizam menjadikan jumlah militan Malaysia terbunuh di Iraq dan Syria seramai 31 orang, manakala 56 lagi  dipercayai masih bebas.

Tags / Kata Kunci: IS , Mohd Nizam Ariffin

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan