SPRM Sedia Beri Kerjasama

Diterbitkan: Sabtu, 10 Jun 2017 12:22 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersedia untuk bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) susulan penahanan seorang pegawainya kerana disyaki meminta wang daripada anggota polis.

Dalam kenyataan pada Sabtu, SPRM menegaskan bahawa pihaknya tidak akan berkompromi dengan kesalahan pegawai terbabit yang dilakukan di Bukit Mertajam, Pulau Pinang, Jumaat.

"Perbuatan seumpama itu sama sekali tidak mewakili suruhanjaya yang sentiasa mendukung prinsip undang-undang dan Perlembagaan negara dalam melaksanakan setiap tanggungjawab yang diamanahkan," katanya.

Justeru, SPRM mengalu-alukan tindakan tegas pihak polis dalam melaksanakan penahanan itu dan tidak akan mencampuri siasatan yang dijalankan.

Ekoran kejadian tersebut, katanya SPRM akan melakukan pemeriksaan dalaman yang tegas terhadap semua pegawai bagi mengelakkan kejadian sama berulang pada masa akan datang.

"Pendirian SPRM tidak akan berganjak walaupun seinci sekiranya terdapat pegawai sendiri melakukan jenayah sedemikian dan tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang melakukan kesalahan yang mencemarkan reputasi dan nama baik SPRM," katanya.  - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: SPRM , PDRM

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan