Ganja Bernilai RM1 Juta Dirampas

Diterbitkan: Sabtu, 10 Jun 2017 2:25 PM

Mohd Mokhtar (tiga dari kanan) bergambar bersama ketulan ganja yang dirampas.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kira-kira 206 ketul ganja bernilai RM1 juta dirampas dalam serbuan di Klang dan Kajang.

Lima suspek termasuk dua wanita ditahan dalam serbuan yang dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) bersama elemen Pasukan Khas Taktikal dan Risikan Narkotik (STING) pada 7 Jun lalu.

Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff, berkata ketulan ganja itu diseludup masuk ke dalam negara dari Thailand.

"Kami percaya mereka telah beroperasi sekian lama. Ganja itu untuk pasaran di Malaysia," katanya pada sidang media di Bukit Aman pada Sabtu.

Beliau berkata kereta bernilai RM304,000 antara turut dirampas dalam serbuan tersebut.

Mohd Mokhtar berkata mereka yang ditahan merupakan saki baki anggota sindiket yang ditahan pada Mac lalu di Sungai Petani, Kedah.

"Kami berikrar akan menangkap baki anggota kumpulan itu dan kami tetap berpegang kepada janji ini.

"Jika ada anggota lain sindiket itu yang masih bebas, kami akan memburu mereka," katanya.

Tegas Mohd Mokhtar, tangkapan itu tidak akan berjaya tanpa kerjasama erat antara polis dan orang ramai.

Tags / Kata Kunci: ganja , PDRM

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan