29 Mayat Nahas Pesawat Tentera Ditemui

Diterbitkan: Khamis, 8 Jun 2017 10:24 PM

Foto Reuters.

(Ubah saiz teks)

YANGON: Pasukan penyelamat menarik keluar kira-kira 29 mayat dari laut di luar pantai selatan Myanmar pada Khamis, dipercayai dari pesawat tentera yang hilang bersama 122 penumpang membabitkan askar, anggota keluarga dan kru.

Kira-kira 21 mayat dewasa dan lapan kanak-kanak ditemui di Laut Andaman berhampiran bandar tepi pantai Launglon oleh kapal tentera laut dan nelayan.

"Saya hanya mahu menangis, saya hilang segala-galanya," kata Yuzana, 19, yang kehilangan ibu, bapa dan adik lelaki yang menaiki pesawat malang itu.

Penerbangan mingguan dari beberapa bandar tepi pantai ke bandar terbesar Myanmar di Yangon itu sepatutnya adalah masa berkumpul buat Yuzana yang tidak berjumpa keluarganya selama dua tahun.

Sejumlah besar kakitangan penyelamat di perkampungan nelayan di Sanlan, terletak 600 kilometer dari Yangon, melawan cuaca buruk untuk menarik mayat ke pantai.

Seorang pegawai tentera yang terbabit dalam usaha menyelamat itu, Hla Thein, berkata kebanyakan mayat berkecai dan setakat ini tiada mangsa memakai jaket keselamatan.

Puluhan saudara mangsa nahas berkumpul di sebuah pusat krisis di pangkalan tentera di bandar tepi pantai Myeik.

Kira-kira sembilan kapal tentera laut, lima pesawat tentera dan dua helikopter akan meneruskan pencarian hari kedua, dibantu bot nelayan, kata tentera.

Tentera berkata, pesawat pengangkut buatan China Y-8-200F terputus hubungan 29 minit sejurus berlepas ketika terbang pada ketinggian 18,000 kaki (5,485 meter) di ruang udara Laut Andaman, sejauh 70 kilometer di barat bandar Dawei. - Reuters

Tags / Kata Kunci: pesawat tentera , Laut Andaman

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan