Gaduh: Tiga Lelaki Ditahan, Tiga Lagi Dicari

Diterbitkan: Rabu, 7 Jun 2017 8:28 PM

Aksi baling ketulan ayam di Restoran Nasi Kandar awal pagi Rabu.

(Ubah saiz teks)

BUTTERWORTH: Polis menahan tiga lelaki dan sedang mengesan tiga lagi lelaki dipercayai terlibat dalam satu pergaduhan membabitkan dua kumpulan di sebuah restoran nasi kandar di Chai Leng Park di sini, awal pagi Rabu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata pergaduhan 3.17 pagi itu dipercayai berpunca daripada salah faham membabitkan - satu kumpulan (empat lelaki) dan satu lagi kumpulan (dua lelaki) yang sedang menjamu selera.

"Siasatan awal mendapati kumpulan empat lelaki itu memanggil pelayan restoran nasi kandar berkenaan namun dua lelaki tersebut menyangka memanggil mereka dan bertindak membaling ketulan ayam yang sedang dimakan ke arah empat orang terbabit.

"Ekoran itu, berlaku pergaduhan antara dua kumpulan berkenaan dan pekerja di restoran tersebut berjaya meleraikannya, bagaimanapun seorang pekerja di situ mengalami kecederaan pada tangan kanan. Mereka yang bergaduh tidak cedera," katanya .

Katanya susulan kejadian itu, polis menahan tiga lelaki berusia 20 hingga 24 tahun di sekitar kawasan Perai dan sedang mengesan tiga lagi suspek berusia 20-an bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Nik Ros Azhan berkata polis percaya dapat menahan tiga lagi lelaki yang terlibat dalam pergaduhan itu kerana wajah mereka dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di restoran berkenaan.

Katanya tiga lelaki yang ditahan itu kini direman bagi membantu siasatan dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, beliau berkata polis menahan seorang pesara tentera berusia 47 tahun dan merampas dadah jenis syabu seberat 15 gram dan ganja (17.3 gram) bersama lelaki berkenaan di Lebuh Raya Butterworth Kulim di sini, semalam.

"Semasa ditahan lelaki itu menunggang sebuah motosikal dan dalam keadaan selamba bagi mengelak polis mengesan dia membawa dadah namun pemeriksaan lanjut kami menemui sebuah beg kasut dalam bakul kenderaannya dan sejumlah dadah yang disembunyikan di dalamnya," katanya lelaki itu turut positif dadah.

Sementara itu, beliau berkata polis mencari lima lelaki warga Bangladesh untuk hadir di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 13 hingga 15 Jun ini sebagai saksi satu kes bunuh.

Mereka ialah Ainur Rahaman Ab Sattar Ali nombor pasport F0532441, Taffazzol Hossain (F0509354), Sirajul (F0522155), Mahabur Rahaman (B0072459) dan Suharjono (495308).

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung lima lelaki berusia 25 hingga 40 tahun itu boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah SPT di talian 04-5382222 atau pegawai penyiasat ASP Md Azman Kadir di talian 013-4081222," katanya.-Bernama

Tags / Kata Kunci: Bergaduh baling ayam

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan