Kes Zulfarhan: Beberapa Individu Lain Mungkin Ditahan

Diterbitkan: Isnin, 5 Jun 2017 4:03 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Polis mungkin menahan beberapa lagi individu bagi membantu siasatan kes mahasiswa Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) , Zulfarhan Osman Zulkarnain yang meninggal dunia dipercayai didera, Khamis lalu.

Ketua Polis Selangor Datuk Seri Abdul Samah Mat berkata bagaimanapun perkara itu bergantung kepada perkembangan siasatan kes berkenaan.

"Sehingga hari ini tiada tangkapan terbaru, tangkapan masih kekal 36 orang membabitkan 32 penuntut dari UPNM dan bakinya penuntut Uniten (Universiti Tenaga Nasional).

"...dan buat masa ini proses siasatan masih lagi berjalan, sekiranya perlu untuk tahan individu lain yang kami percaya mempunyai kaitan (dengan kes ini) kami akan tahan namun ia bergantung pada perkembangan siasatan polis," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Pemakaian Pangkat Peringkat Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini, Isnin.

Beliau berkata polis juga dalam proses merakamkan keterangan beberapa saksi kes tersebut termasuk doktor yang merawat mangsa bagi melengkapkan siasatan.

Mengulas mengenai dakwaan Zulfarhan Osman didera kerana mencuri komputer riba milik penuntut lain, Abdul Samah berkata setakat ini, polis belum menerima laporan berhubung kecurian komputer riba itu daripada pemiliknya.

"Tiada sebarang laporan polis yang dibuat oleh penuntut ataupun pemilik berhubung kehilangan komputer riba itu...sekiranya ada sila lapor kepada kami (polis).

"Begitu juga dakwaan terdapat kes buli dan dera membabitkan penuntut UPNM sebelum ini, apa yang saya boleh sahkan ini kes pertama yang dilaporkan kepada kami," katanya.

Zulfarhan Osman, 21, Pegawai Kadet Laut UPNM meninggal dunia di Hospital Serdang, kira-kira 10 malam, Khamis lalu dengan kesan lebam dan melecur pada badan.

Kematiannya disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan susulan kejadian itu, polis mereman 36 penuntut UPNM dan Uniten berusia 20 hingga 21 tahun selama tujuh hari sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: UPNM , Zulfarhan Osman

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan