Suami Isteri Didakwa Bunuh Anak Guna Rotan

Diterbitkan: Isnin, 5 Jun 2017 4:57 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Sepasang suami isteri didakwa di Mahkamah Majistret di sini Isnin atas pertuduhan membunuh anak kandung mereka dengan menggunakan dua bilah rotan, 26 Mei lalu.

Aaron Teoh Eng Wan, 34, dan isterinya, En Sit Mooi, 36, masing-masing hanya mengangguk tanda faham ketika pertuduhan ke atas mereka dibacakan bersama di hadapan Majistret Zaki Asyraf Zubir.

Tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh kerana kes adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mereka didakwai bersama-sama telah membunuh anak lelaki mereka, Adrian Teoh Wai Kit yang berusia sembilan tahun ketika kejadian, di Subang Jaya, antara 2 hingga 3.30 petang pada 26 Mei.

Pasangan itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Selain itu, pasangan tersebut turut didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan menganiaya anak mereka dengan menggunakan dua bilah rotan secara bertubi-tubi di tempat, tarikh dan masa sama.

Akibat penderaan itu, mangsa telah mengalami kecederaan dalam usus perut sebelah kiri, patah tulang rusuk dan patah tulang paha kiri.

Bagaimanapun, kedua-dua tertuduh mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atas mereka dibacakan di hadapan Hakim Azwarnida Affandi.

Dakwaan kes dilakukan mengikut Seksyen 31 (1)(b) Akta Kanak-Kanak 2001 dan dibaca bersama akta sama yang memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara yang boleh sampai 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Natasha Chin Le Jy dan Nadiah Malik Fauzie tidak menawarkan sebarang jaminan manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Kedua-dua mahkamah menetapkan 12 Julai untuk sebutan semula kes dan laporan bedah siasat.

Pada 28 Mei lalu, akhbar melaporkan Adrian disahkan mati selepas dipercayai didera teruk oleh bapa dan ibu kandungnya di premis pusat urut tempat ibu bapa mangsa bekerja di Regalia Business Centre, Subang Jaya.

Semakan mendapati kedua-dua suspek itu mempunyai rekod jenayah lampau berhubung kes dadah, pecah rumah dana penipuan. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: kes bunuh , rotan

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan