Lelaki Ditahan Muat Naik Kenyataan Jelik Terhadap PDRM

Diterbitkan: Ahad, 4 Jun 2017 12:25 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Polis menahan seorang lelaki semalam dipercayai memuat naik kenyataan jelik terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi laman Facebook.

Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata lelaki berumur 34 tahun itu ditahan pada 4.45 petang semalam di Mata Ayer, Perlis hasil tindakan polis kontinjen Perlis.

"Terdahulu, polis Johor menerima satu laporan berkenaan satu kenyataan jelik yang dimuat naik dalam Facebook terhadap PDRM pada 1.30 tengah hari, Sabtu.

"Sehubungan itu, satu kertas siasatan telah dibuka bagi menjalankan siasatan lanjut serta mengesan individu yang terlibat," katanya menerusi kenyataan, Sabtu.

Wan Ahmad Najmuddin berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Beliau berkata PDRM tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu atau pengguna media sosial yang membuat sebarang komen atau mengeluarkan kenyataan yang menyakitkan hati, menjelikkan, mengugut atau menyentuh sensitiviti mana-mana pihak.

Sehubungan itu semua pengguna media sosial dinasihati supaya lebih berhemah semasa menggunakan media sosial, katanya.-- Bernama 

Tags / Kata Kunci: PDRM , Mata Ayer

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan