Pemandu Van Tiada Lesen

Diterbitkan: Sabtu, 3 Jun 2017 9:24 PM

Tujuh pelajar tahfiz maut dalam kemalangan van di Kampung Telekong, Jalan Kuala Krai - Kota Bharu di Kuala Krai, Kelantan, Jumaat.

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Pemandu van yang terlibat dalam kemalangan membabitkan tujuh pelajar tahfiz maut dalam kejadian yang berlaku di Kuala Krai pada Jumaat disahkan tidak mempunyai lesen.

Namun, Ketua Polis Kuala Krai, DSP Zulkarnain Ismail Al Haj berkata, pemuda berusia 24 tahun itu tidak mempunyai rekod kesalahan trafik dan turut disahkan tidak dipengaruhi dadah.

"Siasatan awal mendapati pemandu van cuba memotong kenderaan lain dan kemudian hilang kawalan sehingga merempuh sebuah rumah di bahagian kanan jalan," kata Zulkarnain ketika dihubungi Bernama pada Sabtu.

Tujuh penumpang lain cedera dalam insiden di KM55 Jalan Kuala Krai-Kota Bharu.

Sekumpulan 12 pelajar dan dua guru daripada Maahad Tahfiz Al-Hashimi Kampung Tualang sedang menuju ke arah KOta Bharu untuk menghadiri satu program di Madinah Ramadan berdekatan Stadium Sultan Muhammad IV.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan