Pegawai Kadet Maut, 36 Mahasiswa Ditahan Reman

Diterbitkan: Sabtu, 3 Jun 2017 10:16 AM

Zulfarhan Osman Zulkarnain

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Polis menahan reman 36 penuntut dari dua institusi pengajian tinggi awam (IPTA) pada Jumaat bagi membantu siasatan kes kematian seorang penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Perintah reman selama tujuh hari bermula Jumaat dikeluarkan Mahkamah Majistret Sepang selepas mahasiswa tahun akhir berusia 21 tahun itu disahkan meninggal dunia kira-kira jam 10 malam di Hospital Serdang, Khamis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, sebelum disahkan meninggal dunia, beberapa rakan mangsa telah menghantarnya ke hospital untuk rawatan kerana mengalami kecederaan melecur dan lebam-lebam.

"Tangkapan telah dijalankan ke atas 36 orang mahasiswa yang berumur 20 dan 21 tahun.

"Mereka terdiri daripada 32 mahasiswa UPNM dan empat mahasiswa Universiti Tenaga Nasional (Uniten)," jelasnya.

Menurutnya, siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Media sebelum ini melaporkan, mangsa, Zulfarhan Osman Zulkarnain, 21, pegawai kadet laut tahun tiga dipercayai memiliki kesan melecur akibat ditekap dengan seterika wap di bahagian dada, tangan dan kakinya.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam Twitternya menyatakan rasa sedih dengan berita kematian mangsa.

“Innalillah... sedih dan pilu pagi ini dengar berita kematian Pegawai Kadet Laut @upnm, Zulfarhan Osman bin Zulkarnain. Al Fatihah.

“Saya telah arahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan UPNM untuk jalankan siasatan dengan kadar segera. Tiada siapa akan terlepas daripada tindakan undang-undang jika didapati bersalah, " katanya. -Sinar Harian

Tags / Kata Kunci: UPNM , pegawai kadet

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan