Tujuh Pelajar Tahfiz Maut Van Terbabas

Diterbitkan: Jumaat, 2 Jun 2017 12:08 PM

(Ubah saiz teks)

DIKEMASKINI

PETALING JAYA: Seorang lagi pelajar tahfiz meninggal dunia, menjadikan tujuh maut dalam kemalangan van di Kampung Telekong, Jalan Kuala Krai - Kota Bharu di Kuala Krai, Kelantan, Jumaat.

Van yang dinaiki 14 pelajar tahfiz itu terbabas ke dalam parit sebelum merempuh sebuah rumah penduduk.

Dalam kejadian pukul 9.45 pagi Jumaat itu, seramai lima mangsa tersepit di dalam van tersebut manakala sembilan lagi berjaya dikeluarkan orang awam.

Difahamkan mangsa berusia 15 hingga 17 tahun itu maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Orang ramai membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan Nazili Mahmood berkata kesemua mangsa lelaki itu dari Pusat Tahfiz Al-Hashimi Kampung Tualang.

"Mereka dalam perjalanan dari Kuala Krai ke Kota Bharu. Identiti semua mangsa sedang dikenal pasti," katanya.

Beliau berkata jenazah mangsa dihantar ke Hospital Kuala Krai untuk bedah siasat manakala mangsa yang cedera parah dihantar ke hospital sama untuk rawatan.

Tags / Kata Kunci: pelajar tahfiz

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan