Pemandu Lawan Arus Ditahan

Diterbitkan: Jumaat, 2 Jun 2017 11:15 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Polis menahan pemandu kereta Perodua Myvi yang dipercayai memandu melawan arus di KM34, Lebuhraya Utara Selatan arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R and R) Kulai, dekat sini, Khamis.

Ketua Polis Johor Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata lelaki berumur 29 tahun dan berasal dari Pasir Gudang itu, ditahan di Bahagian Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai, awal pagi Jumaat bagi membantu siasatan berhubung kejadian terbabit.

"Pemandu kereta tersebut datang ke Bahagian Trafik IPD Kulai kira-kira 1.10 pagi tadi berhubung satu rakaman video yang menjadi tular dalam media sosial.

"Rakaman percakapan dilakukan terhadap pemandu tersebut dan dia mengaku memandu kereta itu seorang diri," katanya menerusi kenyataan di sini Jumaat.

Wan Ahmad Najmuddin berkata lelaki berkenaan kini ditahan di lokap IPD Kulai dan akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kulai pada Jumaat bagi mendapatkan perintah tahanan reman.

Beliau berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya.

Pada Khamis, video berdurasi satu minit 26 saat yang memaparkan sebuah Perodua Myvi dipandu melawan arus itu menjadi viral dalam laman media sosial.

Kejadian dipercayai kira-kira 8.20 pagi itu dirakam beberapa pengguna lebuh raya sebelum dimuat naik dalam laman sosial Facebook dan turut dikongsi di aplikasi WhatsApp. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: lawan arus , PDRM

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan