Lapan Kontena Berisi Komponen Judi Dirampas

Diterbitkan: Jumaat, 2 Jun 2017 2:00 PM

JKDM merampas lapan kontena mengandungi komponen mesin judi bernilai RM6.56 juta yang cuba diseludup masuk di Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang pada 16 dan 17 Mac lepas. fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

DENGKIL: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas lapan kontena mengandungi komponen mesin judi bernilai RM6.56 juta yang cuba diseludup masuk di Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang pada 16 dan 17 Mac lepas.

Ketua Pengarah Kastam Datuk T. Subromaniam berkata komponen dalam lapan kontena itu yang diimport dari China, boleh menghasilkan kira-kira 1,227 unit mesin judi.

"Kejayaan ini sedikit sebanyak membantu menangani kegiatan sindiket mesin judi haram di negara ini," katanya pada sidang media di Bahagian Penguatkuasaan JKDM, di sini Jumaat.

Beliau berkata modus operandi yang digunakan sindiket terlibat adalah dengan mengikrarkan kontena tersebut sebagai perabot dalam bil muatan bagi mengelak daripada mengemukakan permit pengimportan.

Menurutnya, mesin judi disenaraikan sebagai barang larangan import di bawah Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2017, Butiran 64, Jadual Ketiga, Bahagian I, kecuali dengan permit daripada Kementerian Kewangan.

Susulan rampasan itu, dua suspek lelaki warga tempatan masing-masing berumur 60-an dan 52 tahun ditahan di sebuah premis di Semenyih, Selangor pada Khamis kerana dipercayai mempunyai kaitan langsung dengan aktiviti pengimportan barangan terlarang itu, katanya.

"Kami percaya mereka adalah anggota sindiket. Siasatan menyeluruh sedang dijalankan dan akan dibuat hingga ke akar umbi bagi mengenal pasti siapa lagi terlibat," katanya, sambil menambah kedua-dua suspek itu direman lima hari bermula Jumaat.

Beliau berkata kesemua komponen tersebut adalah untuk pasaran di Malaysia."Nilai rampasan dianggarkan RM6.56 juta dengan cukai sebanyak RM2.48 juta," katanya.

Subromaniam menegaskan bahawa perbuatan mengimport barang-barang larangan merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam 1967.

Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan denda tidak kurang 10 kali ganda dan tidak lebih 20 kali ganda daripada nilai barang, atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Bagi kesalahan kedua atau kesalahan seterusnya, boleh dikenakan denda tidak kurang 20 kali ganda dan tidak lebih 40 kali ganda daripada nilai barang, atau dipenjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali, katanya. - BERNAMA 

Tags / Kata Kunci: mesin judi , JKDM

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan