Dadah Dalam Bungkusan Teh Cina

Diterbitkan: Jumaat, 2 Jun 2017 2:40 PM

Zulkifli menunjukkan syabu yang dirampas. foto GOH GAIK LEE/The Star

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Pasukan polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah yang meletakkan dadah jenis syabu dalam bungkusan teh cina ekoran tangkapan enam lelaki tempatan di sekitar kawasan Seberang Perai Rabu lepas.

Operasi sindiket dadah yang aktif sejak awal tahun ini itu, berjaya disekat Pasukan Khas Taktikal dan Perisikan Narkotik (Sting) Bukit Aman yang mengadakan operasi pada 5.45 petang hingga 10.15 malam, 31 Mei lepas.

Ketua Penolong Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman SAC Zulkifli Ali berkata hasil risikan dan pemantauan, polis menahan enam anggota sindiket yang berusia antara 21 dan 45 tahun dalam dua operasi berasingan.

Menurutnya, ekoran penangkapan itu, polis turut merampas 21 kilogram dadah disyaki syabu yang disembunyi dalam bungkusan teh cina, 7,800 pil Eramin 5 dan 18 gram dadah disyaki ganja.

"Hasil siasatan awal polis mendapati, jumlah rampasan dadah yang bernilai RM1.63 juta itu dipercayai untuk pengedaran pasaran tempatan dan juga Indonesia," katanya dalam sidang media khas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang di sini Jumaat.

Zulkifli berkata, polis turut menyita wang tunai, pelbagai barang kemas dan lima kenderaan iaitu kereta Mercedes Benz, Toyota Camry dan tiga motosikal berkuasa tinggi bernilai lebih RM276,000.

"Kami percaya hasil rampasan dadah itu dapat menyekat pengedaran dadah ke dalam pasaran dan secara tidak langsung dapat menyelamatkan lebih 100,000 orang daripada terjebak dalam kegiatan itu," katanya.

Beliau berkata kesemua suspek yang ditahan di dua lokasi berbeza itu mempunyai rekod lampau berkaitan pengedaran dadah.

"Saringan air kencing mendapati kesemua suspek positif dadah dan mereka direman hingga 7 Jun untuk membantu siastan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Beliau berkata sejak awal tahun ini hingga Mei lepas, polis berjaya merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM99.64 juta di seluruh negara. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: dadah , teh cina

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan