Saksi Kemalangan Maut Tampil Bantu Siasatan Polis

Diterbitkan: Rabu, 31 Mei 2017 2:53 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang saksi kemalangan yang menyebabkan kematian seorang bayi berusia tiga bulan di Kilometer 433.8 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran Kuala Kubu Bharu, Ahad lalu tampil memberi keterangan di Balai Polis Setapak, malam Selasa.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superitendan R.Supramaniam berkata, lelaki berkenaan hadir di balai polis pada pukul 9 malam dan telah memberi maklumat berhubung kejadian itu.

"Dia juga telah menyerahkan rakaman video serta alat perakam video kepada pihak polis bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan di sini Rabu.

Supramaniam berkata ketika kejadian, saksi turut membantu mangsa kemalangan Perodua Axia yang telah terbabas.

Beliau berkata berikutan kejadian itu, seorang wanita, 27 tahun pemandu kereta Proton Persona ditahan sehari selepas kejadian namun, dibebaskan dengan jaminan polis sejurus selesai ujian air kencing dan spesimen darah diambil untuk dianalisis.

"Kes ini akan dituduh di mahkamah di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 selepas mendapat laporan daripada agensi-agensi berkaitan serta di rujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya," katanya.

Dalam kejadian pukul 1 tengah hari itu, kereta Proton Persona yang dipandu wanita terbabit dan kereta Perodua Axia yang dipandu Shahril Salleh, 32, terlibat dalam kemalangan yang mana Perodua Axia itu terbabas dan termasuk ke dalam longkang manakala Proton Persona itu berpusing ke arah bertentangan dan menghentam pembahagi jalan.

Kemalangan itu menyebabkan isteri Shahril, Rafnah Mongudancgal, 35, dan bayinya Aril Rizqin Redza tercampak keluar dari kereta.

Bayi berkenaan disahkan meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh.

Rafnah, Shahril dan dua lagi anak lelaki mereka, Aril Hakimi Ashraf, 11, dan Aril Zakuan Haris, 4, serta pemandu kereta Proton Persona itu hanya mengalami cedera ringan. - Bernama

Tags / Kata Kunci: kemalangan maut , bayi

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan