Bayi Maut Tercampak Keluar Kereta

Diterbitkan: Isnin, 29 Mei 2017 8:46 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang bayi lelaki berusia tiga bulan maut selepas tercampak keluar dari kereta dalam kemalangan di KM433.8 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran Kuala Kubu Bharu dekat sini, Ahad.

Bayi berkenaan, Aril Rizqin Redza Shahril disahkan meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superitendan R.Supramaniam berkata, dalam kejadian pukul 1 tengah hari itu, kereta jenis Proton Persona yang dipandu seorang wanita, S. Nishanty, 27, telah berpusing ke arah bertentangan dan melanggar penghadang jalan.

Insiden itu turut menyebabkan kereta jenis Perodua Axia yang dipandu Shahril Salleh, 32, yang berada di belakangnya hilang kawalan dan terbabas ke dalam longkang.

“Kemalangan itu menyebabkan isteri Shahril, Rafnah Mongudancgal, 35, dan bayinya Aril Rizqin Redza tercampak keluar dari kereta,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Rafnah, Shahril dan dua lagi anak lelak mereka, Aril Hakimi Ashraf, 11, dan Aril Zakuan Haris, 4, serta pemandu kereta Persona itu hanya mengalami cedera ringan.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Bernama

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan