Empat Lelaki Samun Kedai Emas Di Seri Kembangan

Diterbitkan: Ahad, 28 Mei 2017 8:29 AM

-Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Empat lelaki melarikan barang kemas dalam satu kejadian samun di sebuah kedai emas di sebuah pusat beli belah di Seri Kembangan, di sini malam Sabtu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Serdang Supt Lee Wai Leong berkata dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 malam itu, kesemua suspek memakai topi keledar bertutup penuh dan dua daripada mereka bersenjatakan pistol sewaktu melakukan rompakan.

Menurutnya, ketika kejadian seramai lima pekerja termasuk pengawal keselamatan berada di premis itu.

"Seorang suspek telah mengacukan pistol kepada pengawal keselamatan premis berkenaan menyebabkan dia tidak mampu berbuat apa-apa.

"Suspek lain pula bertindak memecahkan meja pameran dan melarikan barang kemas," katanya ketika dihubungi di sini malam Sabtu.

Wai Leong berkata setakat ini pihaknya belum dapat memastikan kenderaan yang digunakan suspek untuk melarikan diri.

Bagaimanapun, katanya, polis akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat dalam premis berkenaan bagi siasatan lanjut.

"Kejadian ini kali pertama berlaku di kedai tersebut walaupun ia telah lama beroperasi di pusat membeli belah itu," katanya.

Beliau berkata nilai kerugian belum dapat ditafsirkan dan gerakan memburu suspek sedang giat dijalankan menerusi Ops Tutup dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompakan berkumpulan. -Bernama

Tags / Kata Kunci: samun , kedai emas

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan