Pemandu Uber Samun Penumpang Ditahan - Berita Jenayah | mStar

Pemandu Uber Samun Penumpang Ditahan

Diterbitkan: Khamis, 25 Mei 2017 6:40 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang pemandu Uber yang melarikan diri selepas menyamun seorang jurujual kosmetik yang menggunakan perkhidmatan itu pada Ahad lepas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Serdang, Superitendan Lee Wai Leong berkata, lelaki berusia 22 tahun terbabit ditahan sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah  Serdang  di kawasan Rehat dan Rawat Pagoh, Muar di Johor arah utara pada 11 malam Rabu.

Beliau berkata, pihaknya turut merampas sebuah kereta jenis Proton Saga BLM berwarna hitam dan pemeriksaan mendapati suspek yang beralamat di Kulim, Kedah itu memiliki dua rekod jenayah lampau.

"Suspek ditahan reman selama seminggu bermula hari ini hingga 31 Mei depan," katanya dalam satu kenyataan di sini, Khamis.

Dalam kejadian Ahad lepas, seorang wanita berusia 26 tahun yang menempah perkhidmatan Uber dari sebuah pusat beli-belah di Bangsar untuk pulang ke rumahnya di Bandar Puchong Jaya, Puchong disamun pemandu dan seorang lagi lelaki yang berada di tempat duduk penumpang setelah menaiki kereta jenis Proton Saga.

Penumpang lelaki itu dikatakan mengacukan pisau ke arah mangsa dan mengarahkan supaya menyerahkan barangan peribadi sebaik tiba di pusat perniagaan berhampiran One Puchong.

Wai Leong berkata, polis telah mengenal pasti seorang lagi suspek yang terlibat berdasarkan penelitian rakaman kamera litar tertutup di sebuah stesen minyak dan usaha mengesannya sedang giat dijalankan. - Bernama


   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan