Polis Tak Arah Orang Awam Halang Debat Tun M-Nazri

Diterbitkan: Selasa, 23 Mei 2017 8:36 PM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Polis Perak tidak pernah mengarahkan orang awam membuat laporan polis menghalang perdebatan antara bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Anggota Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang dijadual di Kuala Kangsar, bulan lalu.

Ketua Polis Perak Datuk Hasnan Hassan menegaskan pihaknya tidak akan sesekali terlibat dalam apa-apa pertikaian politik atau menyebelahi sesiapa di negara ini.

"Polis Diraja Malaysia (PDRM) Perak adalah profesional dan hanya mengambil tindakan mengikut lunas undang- undang dan peraturan yang ada," katanya dalam kenyataan di sini Selasa.

Kenyataan itu dikeluarkan berikutan laporan sebuah portal akhbar berbahasa Inggeris pada 23 Mei lalu yang memetik Mohamed Nazri sebagai berkata debat itu dibatalkan selepas beberapa pemimpin Umno diarah membuat laporan polis bagi menghalang ia daripada berlangsung.

Menteri pelancongan dan kebudayaan itu mendakwa mempunyai lima salinan laporan polis berhubung perkara tersebut.-Bernama

Tags / Kata Kunci: debat , Tun M , Nazri Aziz

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan