Lindung Pusat Judi: Reman Sembilan Individu Disambung Lima Hari

Diterbitkan: Isnin, 22 Mei 2017 2:56 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Tempoh reman sembilan individu termasuk dua ketua polis daerah dilanjutkan lima hari bermula esok bagi membantu siasatan kes rasuah berhubung kes mengutip wang daripada pengusaha pusat judi haram dan rumah urut di sekitar Melaka.

Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman membenarkan tempoh reman terhadap suspek terbabit dilanjutkan sehingga 27 Mei ini selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dibuat di Mahkamah Majistret Putrajaya.

Mereka yang berumur antara 31 hingga 54 tahun sebelum ini direman enam hari sejak 17 Mei lalu bagi membolehkan siasatan dijalankan.

Kesemua mereka disiasat mengikut Seksyen 16 (a)(B) dan 17(a) Akta SPRM 2009.

Enam daripada sembilan individu itu adalah pegawai polis yang bertugas di Melaka manakala tiga lagi adalah orang awam.

Dilaporkan SPRM membekukan beberapa akaun bank milik sembilan itu susulan siasatan terhadap kes berkenaan. -Bernama

Tags / Kata Kunci: pusat judi , rumah urut , SPRM

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan