Buruh Dakwa Lihat Kelibat Lelaki Bersenjata Ditahan

Diterbitkan: Jumaat, 19 Mei 2017 1:56 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Seorang buruh yang membuat laporan mendakwa terlihat kelibat lima lelaki bersenjata di ladang Felda Sahabat di Lahad Datu telah ditahan.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din berkata lelaki berusia 52 tahun itu ditahan kerana dia adalah pendatang tanpa izin dan akan disiasat di bawah Akta Imigresen.

Ramli menjelaskan lelaki itu bukan disiasat kerana membuat laporan palsu.

"Kami tak pernah kata lelaki itu buat laporan palsu. Kami hanya beritahu tidak menjumpai apa-apa yang mencurigakan di sana, ia isu yang berbeza sama sekali," katanya.

Beliau berkata mereka tidak pasti sama ada lelaki itu hanya membuat laporan pada 14 Mei, dua minggu selepas dakwaannya pada 30 April lalu.

"Antara beberapa sebab adalah dia takut ditahan kerana dia pendatang tanpa izin," katanya.

Ramli bagaimanapun memberi jaminan kepada orang ramai bahawa polis tidak menutup kes itu walaupun tiada bukti berhubung dakwaan itu ditemui setakat ini.

Sebelum ini, lelaki itu yang mendakwa bekerja di sebuah ladang pisang terdengar perbualan beberapa individu berhampiran sungai.

Dia kemudiannya mendakwa pergi ke arah suara itu dan terlihat lima lelaki berpakaian seragam ala tentera dan bersenjatakan senapang M16.

Buruh itu mendakwa telah bercakap dengan dua lelaki dalam bahasa Tagalog yang memberitahu mereka berada di sana bukan mahu menimbulkan masalah tetapi menyelamatkan rakyat di Sabah.

Tags / Kata Kunci: Felda Sahabat , PDRM

iklan

Video

Jumaat, 26 Mei 2017 9:43 PM

"I Bukan Ambik Dadah... Dulu Yes!" - To'ki

Jumaat, 26 Mei 2017 4:30 PM

Sabhi Saddi Lepas Gian

Jumaat, 26 Mei 2017 3:00 PM

Anak Che Ta Pasang 'Bodyguard'

Jumaat, 26 Mei 2017 9:30 AM

#akuStar: Shaa - Pertama Kali

Khamis, 25 Mei 2017 5:27 PM

Mamat Si Buaya Tembaga Kesayangan Ramai

Khamis, 25 Mei 2017 4:48 PM

Apabila Ramli Sarip Buka Mulut

Khamis, 25 Mei 2017 12:52 PM

Shahz Jaszle Malu Jadi Gemuk

Khamis, 25 Mei 2017 9:00 AM

Kumpulan Masin Dah Berpecah?

Rabu, 24 Mei 2017 8:57 PM

Yuna Teruja Tercalon Anugerah BET

Rabu, 24 Mei 2017 3:00 PM

Sherry Ibrahim Merajuk?

Kolumnis

iklan

Iklan