Koperal Simpan RM800,000 Di Stor Rumah Direman

Diterbitkan: Khamis, 18 Mei 2017 11:16 AM

-Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merampas wang tunai bernilai kira-kira RM800,000 dari stor rumah seorang Koperal di Melaka.

Anggota polis berusia 52 tahun itu merupakan individu kesepuluh yang ditahan bagi membantu siasatan kes rasuah yang membabitkan kegiatan mengutip wang daripada pengusaha pusat judi haram dan rumah urut di beberapa lokasi sekitar Melaka.

Suspek yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka ditahan di kuarters Polis IPK itu kira-kira 2.15 petang Rabu.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan rampasan dan tangkapan itu.

Difahamkan anggota terbabit berperanan mengumpul duit dari pusat judi dan rumah urut.

Pada Khamis, Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman mengeluarkan perintah reman selama tujuh hari sehingga 24 Mei ini terhadap individu tersebut bagi membantu siasatan kes selepas membenarkan permohonan reman yang dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya.

Individu itu yang tiba di perkarangan mahkamah kira-kira 9.45 pagi dengan memakai baju lokap SPRM berserta tangan bergari disiasat mengikut Seksyen 16 (a)(B) dan 17 (a) Akta SPRM 2009.

Sementara itu seorang pegawai polis berpangkat Inspektor dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya direman selama lima hari bermula hari ini kerana disyaki menerima suapan.

Majistret Nik Isfahanie mengeluarkan perintah reman tersebut selepas membenarkan permohonan SPRM.

Pegawai tersebut ditahan di pejabatnya pada 1.10 tengah hari semalam kerana menerima suapan RM5,000 sebagai balasan agar dia tidak mengambil tindakan terhadap seorang individu yang terlibat dalam kes ugutan jenayah di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan iaitu ugutan melalui samaran. -Bernama

Tags / Kata Kunci: pusat judi , rumah urut

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan