Rasuah: Tiga Lagi Pegawai Polis Dicekup

Diterbitkan: Rabu, 17 Mei 2017 2:24 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Tiga lagi pegawai kanan polis Melaka termasuk dua berpangkat ketua polis daerah, akan direman atas kesalahan rasuah.

Antara suspek yang ditahan adalah ketua polis daerah Melaka Tengah yang berpangkat Asisten Komisioner dan ketua polis daerah Jasin yang berpangkat Timbalan Supritenden.

Kedua-dua pegawai kanan polis itu ditahan di rumah masing-masing pada awal Rabu.

Seorang lagi anggota berpangkat inspektor, turut ditahan dalam operasi awal pagi yang sama.

Ketiga-tiga suspek akan dibawa ke mahkamah di Putrajaya pada 2.30 petang Rabu untuk mendapatkan perintah reman.

Mereka dipercayai menerima suapan dan memberi perlindungan kepada sindiket perjudian dan rumah urut di negeri itu.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Azam Baki mengesahkan penahanan tiga pegawai polis itu.

Pada Selasa, SPRM menahan tiga pegawai polis dan dua orang awam kerana dipercayai terbabit dalam kegiatan mengutip wang rasuah daripada pengusaha pusat judi haram dan rumah urut di Melaka pada Selasa.

Tiga pegawai polis lelaki yang ditahan pada 10 pagi itu terdiri daripada dua berpangkat asisten superintendan dan seorang inspektor.

Ketiga-tiga mereka direman selama enam hari bermula Rabu untuk siasatan lanjut.


Tags / Kata Kunci: SPRM , Rasuah , Melaka

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan