Dua Polis Cedera Bertembung Kereta Penjenayah

Diterbitkan: Selasa, 16 Mei 2017 2:46 PM

(Ubah saiz teks)

SANDAKAN: Dua anggota polis cedera selepas kereta peronda dinaiki mereka berlanggar dengan sebuah kereta curi dinaiki dua lelaki yang cuba melarikan diri selepas dikejar di Jalan Pelabuhan Sandakan di sini, Isnin.

Akibat pelanggaran itu, Sarjan Fadil Abu Bakat, 53, cedera di belakang kepala manakala Lans Kpl Ismail Samsudin, 29, mengalami gegaran di kepala.

Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Mohd Azhar Hamin berkata, kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu berlaku ketika mereka membantu mengejar kereta berkenaan yang dikesan oleh sebuah kereta peronda lain di kawasan Bandar Ramai-Ramai.

Katanya menyedari kehadiran polis, suspek bertindak memecut kenderaan dan cuba melarikan diri sebelum bertembung dengan kereta peronda yang datang membantu menjejaki kereta suspek.

"Keadaan dua anggota itu dilaporkan stabil dan telah dibenarkan keluar dari Hospital Duchess of Kent Sandakan," katanya pada sidang media di sini, Selasa.

Agensi berita Bernama yang memetik kenyataan Azhar sebagai berkata, seorang suspek berusia 31 tahun dalam kereta curi itu turut cedera dan masih menerima rawatan di hospital manakala suspek kedua berusia 19 tahun hanya cedera ringan dan ditahan reman.

Katanya, kereta jenis Proton Aeroback dinaiki dua suspek itu dilaporkan hilang pada Ahad lepas di Jalan Cecily di sini.

Beliau berkata berkata kedua-dua lelaki itu ditahan mengikut Seksyen 307 Kanun kerana cubaan membunuh anggota polis.

Menurutnya, siasatan awal polis mendapati kedua-dua suspek juga positif dadah dan mempunyai rekod jenayah kesalahan lampau.

Tags / Kata Kunci: Kemalangan

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan